Cari Blog Ini

Kamis, 14 Januari 2010

Membuat Animasi

Buat satu dokumen Flash yang baru, dan klik pada frame pertama Timeline.

Lukis satu bulatan kecil pada Stage dan tukarkan menjadi Graphic Symbol.

f8_img1

Pada frame ke-20, ‘right click’ dan kemudian pilih Insert Keyfame. Klik pada bentuk bulatan tersebut dan alihkan ke kanan.

f8_img2

f8_img3

Klik pada frame pertama, ‘right click’ dan pilih ‘Create Classic Frame’.

f8_img4

f8_img5

Pada timeline tersebut, latar belakang akan berubah menjadi warna ungu dan mempunyai anak panah ke arah kanan. Ini menandakan anda berjaya menghasilkan satu pergerakan yang dikenali sebagai motion tween.

Klik Control > Test Movie untuk mencuba tween tersebut.

Anda akan perasan bola tersebut akan bergerak dari kiri ke kanan berulang kali tanpa berhenti. Ini adalah kerana kita tidak meletakkan arahan pada bola tersebut untuk berhenti. Untuk membuat arahan tersebut, action script akan digunakan. Namun yang demikian kita akan mempelajari tentang action script pada tutorial yang akan datang.

Membuat perubahan bentuk

Klik pada frame ke-20, kemudian dengan menggunakan transform tool, tukar saiz bulatan dari kecil menjadi besar.

f8_img6

Klik Control > Test Movie untuk melihat perubahan tersebut.

1 komentar: